Showing posts with label penyusuan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label penyusuan susu ibu. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

Kenapa Set Menyusu 3M Terlajak Laris?


Jika anda masih tercari-cari suplemen untuk penyusuan, jawapannya ialah SET 3M Shaklee.  Rata-rata semua ibu sangat berpuas hati setelah mengambil SET 3M ini.  Selain dapat membantu dalam proses penyusuan, terdapat banyak lagi kelebihan lain yang anda akan dapat dengan pakej ini.  Memang rugi jika anda tak memilikinya.  Tak sabar nak tau..? Jom saya kongsikan kenapa SET 3M ini terlajak laris.



SET 3M ini mengandungi :

Vitalea ~ Multivitamin yang memenuhi keperluan 28 dan mineral penting.

B Complex~ Vitamin Anti-Stress dan menambah tenaga

Alfalfa ~ Sebagai MILK BOOSTER dan membantu pengeluaran susu ibu

Vitamin C ~ Menguatkan antibody dan juga membantu untuk kecantikan kulit luar dan dalam. 

Ostematrix ~ Sumber kalsium untuk ibu yang tidak suka minum susu, bantu mengelakkan osteoporosis.  Memberikan kesegaran badan dan mengelakkan sakit pinggang serta lenguh-lenguh badan. 

ESP ~ Sumber protein untuk keperluan harian, membantu memberikan rasa kenyang dan juga MILK BOOSTER


Kebanyakan ibu yang mengambil set ini bersetuju bahawa SET 3M ini sangat membantu mereka dalam proses penyusuan. Namun, ada yang terkejut kerana mendapat hasil yang mereka sendiri tidak jangka.  Antaranya :

  • Kulit bertambah cantik~semuanya gara2  B Complex, Vitamin C dan ESP
  • Luka, parut2 dan kesan stretch mark cepat pulih ~hasil  mengambil Vitamin C  dan ESP.
  • Kulit bertambah cerah~tak rugi amalkan ESP
  • Rambut dah kurang gugur ~mesti sebab ESP yang menguatkan rambut dan kuku
  • Suami tersenyum lebar~mesti penangan Alfalfa yang macam kacip Fatimah tu.  Keputihan pun dah takde.. :)
  • Badan lebih bertenaga~memang tak lupa ambil B Complex dan Vitalea lepas sarapan pagi.
  • Kurang diserang sakit kepala apabila konsisten ambil B Complex dan Ostematrix.
  • Susu lebih pekat, baby lagi cepat kenyang apabila minum ESP.
  • Sakit pinggang dan kejang kaki makin berkurangan~terima kasih kepada Ostematrix
  • Bangun pagi lebih cergas walaupun tidur lewat~sebab tu suka sangat Ostematrix.
  • Masalah sukar untuk membuang telah tiada~memang Alfalfa best!

Fuyoo…banyak betul BONUS yang anda akan dapat bila mengambil SET 3M ni.  Patut la SET 3M ni terlajak laris.  Mula-mula ambil untuk masalah penyusuan TAPI banyak masalah lain dapat diatasi.  Sape yang taknak kan..? Memang rugi la sape-sape yang tak beli SET 3M ni.  Saya sendiri pun ambil SET 3M ni tau.  Boleh baca pengalaman saya kat SINI. 




Memang amat berbaloi dengan pelaburan anda.  Si manja lebih ceria, Ibu lebih bahagia!


INGIN MERASAI SENDIRI MANFAAT SET 3M YANG TERLAJAK LARIS NI?  JOM DAPATKAN SEKARANG!




Ingin mendapatkan produk terbaik ini? Jangan malu jangan segan...saya sedia membantu.  Hubungi saya selaku PENGEDAR SAH SHAKLEE anda (ID : 1148364).  Konsultasi adalah EKSLUSIF dan PERCUMA untuk pelanggan saya.


*******************************************************************************************
Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB Page : Adra Vitashoppe


 
~SID PILIHAN ANDA~
 COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU
COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)
 

Saturday, 25 October 2014

Konsep Penyusuan Susu Ibu Yang WAJIB Diketahui


Assalamualaikum....

Pemberian susu ibu kepada bayi yang dilahirkan merupakan lambang kasih sayang seorang ibu yang tidak ternilai.  Pastinya setiap ibu mengimpikan untuk memberikan yang terbaik buat si manjanya. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami terlebih dahulu untuk menjayakan penyusuan susu ibu.  Nak tahu apa..?  Jom kita baca...



#Demand VS Supply
Setiap ibu wajib memahami konsep Demand VS Supply. Ianya bermaksud apabila semakin banyak susu yang diminum/dihisap oleh bayi, semakin banyak susu yang dihasilkan.  Bagi ibu yang bekerja,sebaik-baiknya pastikan mengepam 3 jam sekali dan konsisten dengan jadual pengepaman.  Kekerapan mengosongkan payudara akan memberi signal kepada kilang susu untuk hasilkan lebih banyak susu.


#Niat Untuk Menyusukan Bayi Daripada Awal.
     Ibu perlu memasang niat sejak daripada awal kandungan untuk menyusukan anak dengan susu ibu.  Kesedaran tentang penyusuan susu ibu perlu datang daripada diri ibu sendiri dan bukan hanya mengikut trend/orang sekeliling.  Dengan itu, ibu mampu menghadapi apa jua halangan dan cabaran untuk menyempurnakan niatnya.
 

#Ilmu Penyusuan
Buat persediaan dengan mencari/membaca sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan.  Sedikit sebanyak ianya akan membantu ibu bersedia daripada segi mental dan fizikal apabila tiba waktunya.  Jika boleh, cari seseorang yang dipercayai yang mempunyai pengalaman dalam penyususan susu ibu agar menjadi rujukan dan berkongsi masalah.  Ibu juga boleh turut serta dalam kumpulan sokongan untuk penyusuan di yang banyak terdapat dalam laman sosial seperti Facebook. 


#Berfikiran Positif
Pentingkah fikiran yang positif ? Ya , memang penting dan sangat membantu ibu untuk mencapai kejayaan dalam penyusuan. Ianya juga dikatakan satu doa dan setiap apa perkara positif yang difikirkan akan memberikan satu aura yang baik yang pada persekitaran. Sentiasa tanamkan dalam diri bahawa anda dapat melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun.  

 
#Minum Air Secukupnya
Pengambilan air yang secukupnya sangat penting bagi ibu yang menyusukan bayi.  Pastikan ibu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.  Ianya sangat penting kerana 90% kandungan badan kita terdiri dari air.  Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan sistem dalam badan tidak dapat berfungsi dengan lancar dan seterusnya akan memberi kesan terhadap penghasilan susu ibu.
 

#Diet Seimbang
Ibu yang menyusukan anak perlu memastikan diet hariannya mengandungi zat yang lengkap  seperti  zat besi, protein, vitamin C, Vitamin B , kalsium dan lain-lain (boleh rujuk piramid makanan di bawah).  Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Ibu juga boleh mengambil suplemen yang sesuai untuk menampung kekurangan dalam diet harian yang tidak seimbang. 

                     


#Doa
Susu ibu adalah rezeki yang Allah beri melalui seorang ibu sebagai makanan kepada si anak. Walaupun telah berusaha,  kita seharusnya sedar bahawa yang memberi rezeki susu itu adalah Allah S.W.T.  Oleh itu, jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan niat suci anda untuk menyusukan anak. Doa itu kan senjata orang Mukmin.. :)


                          

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat ibu/bakal ibu untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu.  Sesungguhnya nikmatilah pengalaman indah itu kerana ia tidak ternilai harganya.. :)


Berminat untuk dapatkan SET PENYUSUAN bagi membantu anda ?  JOM ORDER SEKARANG !!



*******************************************************************************************
Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB Page : Adra Vitashoppe


 
~SID PILIHAN ANDA~

 COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU

COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)