Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Saturday, 25 October 2014

Konsep Penyusuan Susu Ibu Yang WAJIB Diketahui


Assalamualaikum....

Pemberian susu ibu kepada bayi yang dilahirkan merupakan lambang kasih sayang seorang ibu yang tidak ternilai.  Pastinya setiap ibu mengimpikan untuk memberikan yang terbaik buat si manjanya. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami terlebih dahulu untuk menjayakan penyusuan susu ibu.  Nak tahu apa..?  Jom kita baca...



#Demand VS Supply
Setiap ibu wajib memahami konsep Demand VS Supply. Ianya bermaksud apabila semakin banyak susu yang diminum/dihisap oleh bayi, semakin banyak susu yang dihasilkan.  Bagi ibu yang bekerja,sebaik-baiknya pastikan mengepam 3 jam sekali dan konsisten dengan jadual pengepaman.  Kekerapan mengosongkan payudara akan memberi signal kepada kilang susu untuk hasilkan lebih banyak susu.


#Niat Untuk Menyusukan Bayi Daripada Awal.
     Ibu perlu memasang niat sejak daripada awal kandungan untuk menyusukan anak dengan susu ibu.  Kesedaran tentang penyusuan susu ibu perlu datang daripada diri ibu sendiri dan bukan hanya mengikut trend/orang sekeliling.  Dengan itu, ibu mampu menghadapi apa jua halangan dan cabaran untuk menyempurnakan niatnya.
 

#Ilmu Penyusuan
Buat persediaan dengan mencari/membaca sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan.  Sedikit sebanyak ianya akan membantu ibu bersedia daripada segi mental dan fizikal apabila tiba waktunya.  Jika boleh, cari seseorang yang dipercayai yang mempunyai pengalaman dalam penyususan susu ibu agar menjadi rujukan dan berkongsi masalah.  Ibu juga boleh turut serta dalam kumpulan sokongan untuk penyusuan di yang banyak terdapat dalam laman sosial seperti Facebook. 


#Berfikiran Positif
Pentingkah fikiran yang positif ? Ya , memang penting dan sangat membantu ibu untuk mencapai kejayaan dalam penyusuan. Ianya juga dikatakan satu doa dan setiap apa perkara positif yang difikirkan akan memberikan satu aura yang baik yang pada persekitaran. Sentiasa tanamkan dalam diri bahawa anda dapat melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun.  

 
#Minum Air Secukupnya
Pengambilan air yang secukupnya sangat penting bagi ibu yang menyusukan bayi.  Pastikan ibu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.  Ianya sangat penting kerana 90% kandungan badan kita terdiri dari air.  Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan sistem dalam badan tidak dapat berfungsi dengan lancar dan seterusnya akan memberi kesan terhadap penghasilan susu ibu.
 

#Diet Seimbang
Ibu yang menyusukan anak perlu memastikan diet hariannya mengandungi zat yang lengkap  seperti  zat besi, protein, vitamin C, Vitamin B , kalsium dan lain-lain (boleh rujuk piramid makanan di bawah).  Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Ibu juga boleh mengambil suplemen yang sesuai untuk menampung kekurangan dalam diet harian yang tidak seimbang. 

                     


#Doa
Susu ibu adalah rezeki yang Allah beri melalui seorang ibu sebagai makanan kepada si anak. Walaupun telah berusaha,  kita seharusnya sedar bahawa yang memberi rezeki susu itu adalah Allah S.W.T.  Oleh itu, jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan niat suci anda untuk menyusukan anak. Doa itu kan senjata orang Mukmin.. :)


                          

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat ibu/bakal ibu untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu.  Sesungguhnya nikmatilah pengalaman indah itu kerana ia tidak ternilai harganya.. :)


Berminat untuk dapatkan SET PENYUSUAN bagi membantu anda ?  JOM ORDER SEKARANG !!



*******************************************************************************************
Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB Page : Adra Vitashoppe


 
~SID PILIHAN ANDA~

 COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU

COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)
                                     

Thursday, 23 October 2014

Cara Penyimpanan Susu Ibu~ PENTING Agar Susu Kekal Berkualiti


Penyusuan susu ibu di kalangan ibu bekerjaya bukan lagi sesuatu yang asing. Walaupun bekerja, ibu masih lagi boleh mengepam susu dan menyimpannya untuk kegunaan bayi tersayang semasa di rumah pengasuh atau di taska.  Namun, kaedah penyimpanan susu yang betul sangat penting untuk mengekalkan segala nutrien dan antibodi dalam susu ibu tersebut.  

                                          

penyimpanan susu ibu


KAEDAH PENYIMPANAN SUSU IBU

1.  Susu yang telah dipam boleh disimpan dalam botol kecil  atau plastik liner.

penyusuan susu ibu
Botol susu

penyusuan susu ibu
Plastik liner


2.  Bekas simpanan atau botol susu mesti dibersihkan dan disteril supaya kandungan susu terpelihara daripada bakteria.  Jika menggunakan plastik liner, tak perlu disteril kerana memang telah sedia untuk digunakan.
                                       
                                                    Botol susu yang bersih dan telah disteril



3.  Simpan dalam kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan. Sebagai contoh, jika anak minum sebanyak 4oz, ibu perlu bekalkan 4oz untuk setiap botol supaya tiada pembaziran.

                              
Kuantiti yang cukup untuk sekali penyusuan


4.  Jangan lupa untuk labelkan bekas simpanan susu tersebut dengan tarikh dan masa perahan.  Ini untuk memudahkan pengendalian simpanan susu dan juga untuk kegunaan bayi dengan konsep First In First Out (FIFO). Nak senang guna masking tape je macam saya..hehe

Labelkan dengan tarikh dan masa perahan


5.  Susu yang telah dipam di pejabat perlu disimpan di dalam cooler bag yang berisi ice pack. Apabila tiba di rumah, masukkan susu tersebut ke dalam peti sejuk dengan segera.  


Cooler bag untuk simpan susu ketika di pejabat


5.  Untuk memudahkan penyimpanan bagi tujuan stok, seeloknya gunakan plastik liner. Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.


Plastik liner untuk simpan stok susu


6.  Simpan di dalam peti sejuk pada bahagian rak paling atas sekali dan tidak bercampur dengan makanan lain supaya tiada penyerapan bau-bau yang kurang enak.


PANDUAN PENYIMPANAN SUSU IBU

Sebaiknya gunakan susu yang paling baru dipam untuk diberikan kepada bayi anda.  Namun begitu, sebagai ibu bekerjaya pastinya ianya pasti agak sukar membekalkan susu yang segar.  Jangan risau ye..walaupun telah kehilangan sedikit khasiatnya,  susu ibu yang telah dibekukan masih jauh lebih baik berbanding susu formula.  Di bawah disertakan panduan untuk penyimpanan susu ibu bagi bayi yang normal dan pramatang.






Ibu yang menyusukan bayi pastinya perlu kekal cergas dan bertenaga. 
JOM DAPATKAN SET 3M SEKARANG !!
Susu lebih Meriah..Ibu lebih Bertenaga..Anak Lebih Ceria !



Ingin mendapatkan produk terbaik ini? Jangan malu jangan segan...saya sedia membantu.  Hubungi saya selaku PENGEDAR SAH SHAKLEE anda (ID : 1148364).  Konsultasi adalah EKSLUSIF dan PERCUMA untuk pelanggan saya.



*******************************************************************************************
Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB Page : Adra Vitashoppe


 
~SID PILIHAN ANDA~
 COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU
COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)