Saturday 25 October 2014

Konsep Penyusuan Susu Ibu Yang WAJIB Diketahui


Assalamualaikum....

Pemberian susu ibu kepada bayi yang dilahirkan merupakan lambang kasih sayang seorang ibu yang tidak ternilai.  Pastinya setiap ibu mengimpikan untuk memberikan yang terbaik buat si manjanya. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami terlebih dahulu untuk menjayakan penyusuan susu ibu.  Nak tahu apa..?  Jom kita baca...



#Demand VS Supply
Setiap ibu wajib memahami konsep Demand VS Supply. Ianya bermaksud apabila semakin banyak susu yang diminum/dihisap oleh bayi, semakin banyak susu yang dihasilkan.  Bagi ibu yang bekerja,sebaik-baiknya pastikan mengepam 3 jam sekali dan konsisten dengan jadual pengepaman.  Kekerapan mengosongkan payudara akan memberi signal kepada kilang susu untuk hasilkan lebih banyak susu.


#Niat Untuk Menyusukan Bayi Daripada Awal.
     Ibu perlu memasang niat sejak daripada awal kandungan untuk menyusukan anak dengan susu ibu.  Kesedaran tentang penyusuan susu ibu perlu datang daripada diri ibu sendiri dan bukan hanya mengikut trend/orang sekeliling.  Dengan itu, ibu mampu menghadapi apa jua halangan dan cabaran untuk menyempurnakan niatnya.
 

#Ilmu Penyusuan
Buat persediaan dengan mencari/membaca sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan.  Sedikit sebanyak ianya akan membantu ibu bersedia daripada segi mental dan fizikal apabila tiba waktunya.  Jika boleh, cari seseorang yang dipercayai yang mempunyai pengalaman dalam penyususan susu ibu agar menjadi rujukan dan berkongsi masalah.  Ibu juga boleh turut serta dalam kumpulan sokongan untuk penyusuan di yang banyak terdapat dalam laman sosial seperti Facebook. 


#Berfikiran Positif
Pentingkah fikiran yang positif ? Ya , memang penting dan sangat membantu ibu untuk mencapai kejayaan dalam penyusuan. Ianya juga dikatakan satu doa dan setiap apa perkara positif yang difikirkan akan memberikan satu aura yang baik yang pada persekitaran. Sentiasa tanamkan dalam diri bahawa anda dapat melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun.  

 
#Minum Air Secukupnya
Pengambilan air yang secukupnya sangat penting bagi ibu yang menyusukan bayi.  Pastikan ibu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.  Ianya sangat penting kerana 90% kandungan badan kita terdiri dari air.  Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan sistem dalam badan tidak dapat berfungsi dengan lancar dan seterusnya akan memberi kesan terhadap penghasilan susu ibu.
 

#Diet Seimbang
Ibu yang menyusukan anak perlu memastikan diet hariannya mengandungi zat yang lengkap  seperti  zat besi, protein, vitamin C, Vitamin B , kalsium dan lain-lain (boleh rujuk piramid makanan di bawah).  Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Ibu juga boleh mengambil suplemen yang sesuai untuk menampung kekurangan dalam diet harian yang tidak seimbang. 

                     


#Doa
Susu ibu adalah rezeki yang Allah beri melalui seorang ibu sebagai makanan kepada si anak. Walaupun telah berusaha,  kita seharusnya sedar bahawa yang memberi rezeki susu itu adalah Allah S.W.T.  Oleh itu, jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan niat suci anda untuk menyusukan anak. Doa itu kan senjata orang Mukmin.. :)


                          

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat ibu/bakal ibu untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu.  Sesungguhnya nikmatilah pengalaman indah itu kerana ia tidak ternilai harganya.. :)


Berminat untuk dapatkan SET PENYUSUAN bagi membantu anda ?  JOM ORDER SEKARANG !!



*******************************************************************************************
Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB Page : Adra Vitashoppe


 
~SID PILIHAN ANDA~

 COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU

COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)
                                     

4 comments:

  1. ramai yang tak paham konsep penyusuan yang betul...semua igt mudah je menyusu anak ni..then harapkan milk booster je...good info...boleh share dengan kawan2 yang baru nak berjinak2 nak menyusu anak..

    keep writing pae :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..betul..selalunya anak 1st la yg mcm tu..walaupun rasa dah baca macam2 info, baca pengalaman orang..tapi bacalah banyak mana pun, tetap tak sama dengan pengalaman sebenar..tu yang kadang-kadang ramai yang give up..

      tq rin :)

      Delete
  2. Salam...
    Nak bf ni kena ada ilmu dan usaha jugak.kalau nak seribu daya,tapi kalau dah tak nak cepat je putus asa.Kalau dah memang berusaha habis-habisan dan kalau tak dpt jgk bf,itu mmg blh dimaafkn la.Good sharing!tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..betul tu sis zainah..kadang-kadang tu semangat bkobar-kobar time awal2 jer..lepas tu dah mula slow..lagi2 kalo orang sekeliling tak bagi support sepenuhnya..tq singgah blog saya.. :)

      Delete