Friday 31 October 2014

Capai Impian Dengan Imaginasi


Setiap orang pastinya mempunyai impian.  Dan anda juga mesti ada impian kan...Tapi pernah tak impian anda tu ditulis dan dizahirkan atas kertas..?  Pernah tak bayangkan dan rasa seolah-olah impian tu dah tercapai...? Haa..kalau tak pernah, apa kata anda cuba buat.  Nak tau kenapa...?  Sebab setiap orang yang telah berjaya dah buat semua perkara tu. 




Bermula daripada hari ni, tuliskan impian anda.  Tetapkan masa bila anda mahukannya.  Anda juga boleh lukis atau cari gambar yang berkaitan dengan impian tersebut.  Tampal gambar-gambar tersebut dalam satu buku khas dan namakannya mengikut pilihan hati anda seperti 'Impian Saya', 'Dreams Comes True' atau apa-apa saja.  Kalau nak lebih mudah, tampal atas satu kad manila, hias cantik-cantik dan letakkan di ruangan yang boleh dilihat setiap hari.  Ambil sedikit masa setiap hari dan imaginasikan dalam minda bahawa impian anda telah tercapai.  Apabila sentiasa dipandang, ianya secara automatik memberikan signal kepada minda bawah sedar untuk bertindak dan mencapai setiap impian itu. 


Sekarang dah nampak kan macam mana besarnya kuasa imaginasi. Jom kita tengok beberapa kisah mereka yang telah berjaya.  Semuanya bermula daripada berimaginasi tentang kejayaan mereka.

#Kisah 1
Anthony Robbins~namanya terpahat dalam The Guinness Book of World Records (GBOWR) merupakan jurulatih kejayaan nombor 1 di dunia.  Pernah diberi kepercayaan melatih tentera Amerika bagaimana untuk menembak dengan tepat walaupun beliau tak pernah memegang pistol seumur hidup.  Dalam seminar beliau, peserta dilatih berjalan atas bara api yang dibakar semalaman dengan berkaki ayam tanpa terbakar.  Ia hanya menggunakan kekuatan minda yang dinamakan Neuro Linguistic Programming (NLP) dan sesiapa sahaja boleh lakukannya.

#Kisah 2
 Joe Girard~pemegang rekod GBOWR sebagai penjual kereta terbanyak di dunia iaitu 13,001 buah kereta dan lori.  Lebih ajaib apabila ia dijual secara runcit, bukan melalui pameran atau siri jelajah.  Beliau mengakui kejayaannya bermula dengan kekuatan impian dan minda.  Nak tau lebih lanjut, boleh dapatkan bukunya yang bertajuk 'How to Sell Anything to Anybody'.

#Kisah 3
Ippho Santoso~pemuda Indonesia yang dikenali sebagai pakar otak kanan.  Pada zaman persekolahan, beliau sering tak hadir ke kelas kerana selalu sakit.  Disebabkan itu, beliau menjadi pelajar tercorot dalam kelas terutamanya dalam subjek Bahasa Inggeris.  Walaupun daripada keluarga susah, beliau berani mencipta impian yang tinggi menggunung dan percaya impiannya akan tercapai.  Dan hari ini, beliau mampu memberikan ceramah motivasi di hadapan ribuan orang. Buku beliau iaitu '7 Keajaiban Rezeki' menjadi buku terlaris sejak 2010 di Indonesia dan buku tersebut pernah diulas oleh billionaire hartanah terkenal iaitu Donald Trump.

Semua kisah di atas nampak macam mustahil kan..Tapi dengan kuasa sebuah imaginasi, perkara yang nampak mustahil pada mulanya boleh diubah menjadi realiti.  Ingin ubah impian anda menjadi realiti..?
Jom bertindak sekarang!

~Petikan buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'~




*******************************************************************************************

Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB Page : Adra Vitashoppe


 
~SID PILIHAN ANDA~
 COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU
                                        COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)

Sunday 26 October 2014

Jangan Bersedih Lagi...












*******************************************************************************************
Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB Page : Adra Vitashoppe


 
~SID PILIHAN ANDA~

 COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU

COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)
                                     

When I Sad, I Will....


Sebagai manusia biasa, pastinya kita semua ada perasaan kan.  Ada ketikanya suka...ada masa tertentu sedih..ada waktunya kita rasa geram..betul tak..? Kalau takde perasaan tu robot namanya..hehe..Walaupun dulu pernah jugak kawan-kawan cakap saya ni nampak macam takde perasaan. Itu cuma luaran je..dalaman mane diorang tau kan.. :)  Kalau tengah dalam kesedihan pun, macam tak best pulak nak share kisah sedih tu..tak pasal-pasal aura sedih tu berjangkit kat orang lain..sudahnya semua jadi mood sedih je... 




Apa saya buat kalau sedang dalam kesedihan...?  Kalau nak tau, benda-benda ni la saya akan buat.  Lepas buat semua ni selalunya memang hilang la rasa sedih tu.  Kalau tak semua, at least kurang la separuh beban tu..hehe..


#Menangis~selalunya kalau tengah sedih sangat-sangat, benda pertama yang saya buat ialah menangis.  Itu memang confirm..(alamak, kantoi la pulak kan..hehe).  Nak buat macam mana kan..saya ni memang sensitif sikit.  Tapi saya takkan menangis depan orang... :)  Kena ambil masa untuk menyendiri.  Time tu menangis la puas-puas..hehe..tu pun bergantung la pada tahap kesedihan yang macam mana..takdela sampai nak meraung macam orang meroyan kan..over la plak..


#Sesi luahan perasaan~bukan luahan perasaan face to face tau..satu kelemahan saya, tak reti sangat nak cerita masalah kat orang lain..so apa yang saya buat ialah menulis. Tak kisahla tulis kat mana sekali pun.  Kalau rasa sedih tu melibatkan orang tersayang, selalunya saya akan tulis surat @ hantar email.  Time tu memang kalah la novelis kat luar tu..mencurah-curah idea..rasanya kalau tulis novel pun laku kot..hehe..tak percaya..? anda boleh cuba sendiri..


#Baca Al Quran~haa..yang ni rasanya setiap orang Muslim akan buat kan..bukan nak show off pulak ye.  Tapi memang betul kan..bila mengaji tu memang rasa hilang kesedihan dalam hati.  Waktu ni la boleh mengadu kat Allah macam-macam.  Rasanya lebih elok macam tu daripada mengadu dalam laman sosial yang satu dunia boleh tau tu.  Memang betul kan..selalunya time kita susah dan sedih la baru terasa dekat sangat dengan yang Maha Pencipta.  Mudah-mudahan waktu senang dan gembira pun kita tetap ingat pada Dia yang Satu.


Haa..dah tau apa yang saya buat bila tengah sedih kan..apa pulak yang korang buat kalau tengah mood sedih tu..jom la share..hehe..  Kalau anda pun tengah bersedih sekarang ni, jom tengok SINIApe pun, dalam hidup ni memang tak lepas la daripada ujian Allah..betul tak..?  Yang penting macam mana kita nak hadapi ujian dan dugaan tu.  Sedih macam mana pun, jangan sampai kita buat sesuatu yang memudaratkan diri dan orang lain ye.  Ingatlah yang Allah itu selalu ada untuk kita.. :) 





*******************************************************************************************
Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB Page : Adra Vitashoppe


 
~SID PILIHAN ANDA~

 COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU

COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)
                                     

Saturday 25 October 2014

Konsep Penyusuan Susu Ibu Yang WAJIB Diketahui


Assalamualaikum....

Pemberian susu ibu kepada bayi yang dilahirkan merupakan lambang kasih sayang seorang ibu yang tidak ternilai.  Pastinya setiap ibu mengimpikan untuk memberikan yang terbaik buat si manjanya. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami terlebih dahulu untuk menjayakan penyusuan susu ibu.  Nak tahu apa..?  Jom kita baca...



#Demand VS Supply
Setiap ibu wajib memahami konsep Demand VS Supply. Ianya bermaksud apabila semakin banyak susu yang diminum/dihisap oleh bayi, semakin banyak susu yang dihasilkan.  Bagi ibu yang bekerja,sebaik-baiknya pastikan mengepam 3 jam sekali dan konsisten dengan jadual pengepaman.  Kekerapan mengosongkan payudara akan memberi signal kepada kilang susu untuk hasilkan lebih banyak susu.


#Niat Untuk Menyusukan Bayi Daripada Awal.
     Ibu perlu memasang niat sejak daripada awal kandungan untuk menyusukan anak dengan susu ibu.  Kesedaran tentang penyusuan susu ibu perlu datang daripada diri ibu sendiri dan bukan hanya mengikut trend/orang sekeliling.  Dengan itu, ibu mampu menghadapi apa jua halangan dan cabaran untuk menyempurnakan niatnya.
 

#Ilmu Penyusuan
Buat persediaan dengan mencari/membaca sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan.  Sedikit sebanyak ianya akan membantu ibu bersedia daripada segi mental dan fizikal apabila tiba waktunya.  Jika boleh, cari seseorang yang dipercayai yang mempunyai pengalaman dalam penyususan susu ibu agar menjadi rujukan dan berkongsi masalah.  Ibu juga boleh turut serta dalam kumpulan sokongan untuk penyusuan di yang banyak terdapat dalam laman sosial seperti Facebook. 


#Berfikiran Positif
Pentingkah fikiran yang positif ? Ya , memang penting dan sangat membantu ibu untuk mencapai kejayaan dalam penyusuan. Ianya juga dikatakan satu doa dan setiap apa perkara positif yang difikirkan akan memberikan satu aura yang baik yang pada persekitaran. Sentiasa tanamkan dalam diri bahawa anda dapat melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun.  

 
#Minum Air Secukupnya
Pengambilan air yang secukupnya sangat penting bagi ibu yang menyusukan bayi.  Pastikan ibu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.  Ianya sangat penting kerana 90% kandungan badan kita terdiri dari air.  Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan sistem dalam badan tidak dapat berfungsi dengan lancar dan seterusnya akan memberi kesan terhadap penghasilan susu ibu.
 

#Diet Seimbang
Ibu yang menyusukan anak perlu memastikan diet hariannya mengandungi zat yang lengkap  seperti  zat besi, protein, vitamin C, Vitamin B , kalsium dan lain-lain (boleh rujuk piramid makanan di bawah).  Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Ibu juga boleh mengambil suplemen yang sesuai untuk menampung kekurangan dalam diet harian yang tidak seimbang. 

                     


#Doa
Susu ibu adalah rezeki yang Allah beri melalui seorang ibu sebagai makanan kepada si anak. Walaupun telah berusaha,  kita seharusnya sedar bahawa yang memberi rezeki susu itu adalah Allah S.W.T.  Oleh itu, jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan niat suci anda untuk menyusukan anak. Doa itu kan senjata orang Mukmin.. :)


                          

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat ibu/bakal ibu untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu.  Sesungguhnya nikmatilah pengalaman indah itu kerana ia tidak ternilai harganya.. :)


Berminat untuk dapatkan SET PENYUSUAN bagi membantu anda ?  JOM ORDER SEKARANG !!



*******************************************************************************************
Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB Page : Adra Vitashoppe


 
~SID PILIHAN ANDA~

 COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU

COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)
                                     

Thursday 23 October 2014

Cara Penyimpanan Susu Ibu~ PENTING Agar Susu Kekal Berkualiti


Penyusuan susu ibu di kalangan ibu bekerjaya bukan lagi sesuatu yang asing. Walaupun bekerja, ibu masih lagi boleh mengepam susu dan menyimpannya untuk kegunaan bayi tersayang semasa di rumah pengasuh atau di taska.  Namun, kaedah penyimpanan susu yang betul sangat penting untuk mengekalkan segala nutrien dan antibodi dalam susu ibu tersebut.  

                                          

penyimpanan susu ibu


KAEDAH PENYIMPANAN SUSU IBU

1.  Susu yang telah dipam boleh disimpan dalam botol kecil  atau plastik liner.

penyusuan susu ibu
Botol susu

penyusuan susu ibu
Plastik liner


2.  Bekas simpanan atau botol susu mesti dibersihkan dan disteril supaya kandungan susu terpelihara daripada bakteria.  Jika menggunakan plastik liner, tak perlu disteril kerana memang telah sedia untuk digunakan.
                                       
                                                    Botol susu yang bersih dan telah disteril



3.  Simpan dalam kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan. Sebagai contoh, jika anak minum sebanyak 4oz, ibu perlu bekalkan 4oz untuk setiap botol supaya tiada pembaziran.

                              
Kuantiti yang cukup untuk sekali penyusuan


4.  Jangan lupa untuk labelkan bekas simpanan susu tersebut dengan tarikh dan masa perahan.  Ini untuk memudahkan pengendalian simpanan susu dan juga untuk kegunaan bayi dengan konsep First In First Out (FIFO). Nak senang guna masking tape je macam saya..hehe

Labelkan dengan tarikh dan masa perahan


5.  Susu yang telah dipam di pejabat perlu disimpan di dalam cooler bag yang berisi ice pack. Apabila tiba di rumah, masukkan susu tersebut ke dalam peti sejuk dengan segera.  


Cooler bag untuk simpan susu ketika di pejabat


5.  Untuk memudahkan penyimpanan bagi tujuan stok, seeloknya gunakan plastik liner. Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.


Plastik liner untuk simpan stok susu


6.  Simpan di dalam peti sejuk pada bahagian rak paling atas sekali dan tidak bercampur dengan makanan lain supaya tiada penyerapan bau-bau yang kurang enak.


PANDUAN PENYIMPANAN SUSU IBU

Sebaiknya gunakan susu yang paling baru dipam untuk diberikan kepada bayi anda.  Namun begitu, sebagai ibu bekerjaya pastinya ianya pasti agak sukar membekalkan susu yang segar.  Jangan risau ye..walaupun telah kehilangan sedikit khasiatnya,  susu ibu yang telah dibekukan masih jauh lebih baik berbanding susu formula.  Di bawah disertakan panduan untuk penyimpanan susu ibu bagi bayi yang normal dan pramatang.






Ibu yang menyusukan bayi pastinya perlu kekal cergas dan bertenaga. 
JOM DAPATKAN SET 3M SEKARANG !!
Susu lebih Meriah..Ibu lebih Bertenaga..Anak Lebih Ceria !



Ingin mendapatkan produk terbaik ini? Jangan malu jangan segan...saya sedia membantu.  Hubungi saya selaku PENGEDAR SAH SHAKLEE anda (ID : 1148364).  Konsultasi adalah EKSLUSIF dan PERCUMA untuk pelanggan saya.



*******************************************************************************************
Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB Page : Adra Vitashoppe


 
~SID PILIHAN ANDA~
 COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU
COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)