Friday 31 October 2014

Capai Impian Dengan Imaginasi


Setiap orang pastinya mempunyai impian.  Dan anda juga mesti ada impian kan...Tapi pernah tak impian anda tu ditulis dan dizahirkan atas kertas..?  Pernah tak bayangkan dan rasa seolah-olah impian tu dah tercapai...? Haa..kalau tak pernah, apa kata anda cuba buat.  Nak tau kenapa...?  Sebab setiap orang yang telah berjaya dah buat semua perkara tu. 




Bermula daripada hari ni, tuliskan impian anda.  Tetapkan masa bila anda mahukannya.  Anda juga boleh lukis atau cari gambar yang berkaitan dengan impian tersebut.  Tampal gambar-gambar tersebut dalam satu buku khas dan namakannya mengikut pilihan hati anda seperti 'Impian Saya', 'Dreams Comes True' atau apa-apa saja.  Kalau nak lebih mudah, tampal atas satu kad manila, hias cantik-cantik dan letakkan di ruangan yang boleh dilihat setiap hari.  Ambil sedikit masa setiap hari dan imaginasikan dalam minda bahawa impian anda telah tercapai.  Apabila sentiasa dipandang, ianya secara automatik memberikan signal kepada minda bawah sedar untuk bertindak dan mencapai setiap impian itu. 


Sekarang dah nampak kan macam mana besarnya kuasa imaginasi. Jom kita tengok beberapa kisah mereka yang telah berjaya.  Semuanya bermula daripada berimaginasi tentang kejayaan mereka.

#Kisah 1
Anthony Robbins~namanya terpahat dalam The Guinness Book of World Records (GBOWR) merupakan jurulatih kejayaan nombor 1 di dunia.  Pernah diberi kepercayaan melatih tentera Amerika bagaimana untuk menembak dengan tepat walaupun beliau tak pernah memegang pistol seumur hidup.  Dalam seminar beliau, peserta dilatih berjalan atas bara api yang dibakar semalaman dengan berkaki ayam tanpa terbakar.  Ia hanya menggunakan kekuatan minda yang dinamakan Neuro Linguistic Programming (NLP) dan sesiapa sahaja boleh lakukannya.

#Kisah 2
 Joe Girard~pemegang rekod GBOWR sebagai penjual kereta terbanyak di dunia iaitu 13,001 buah kereta dan lori.  Lebih ajaib apabila ia dijual secara runcit, bukan melalui pameran atau siri jelajah.  Beliau mengakui kejayaannya bermula dengan kekuatan impian dan minda.  Nak tau lebih lanjut, boleh dapatkan bukunya yang bertajuk 'How to Sell Anything to Anybody'.

#Kisah 3
Ippho Santoso~pemuda Indonesia yang dikenali sebagai pakar otak kanan.  Pada zaman persekolahan, beliau sering tak hadir ke kelas kerana selalu sakit.  Disebabkan itu, beliau menjadi pelajar tercorot dalam kelas terutamanya dalam subjek Bahasa Inggeris.  Walaupun daripada keluarga susah, beliau berani mencipta impian yang tinggi menggunung dan percaya impiannya akan tercapai.  Dan hari ini, beliau mampu memberikan ceramah motivasi di hadapan ribuan orang. Buku beliau iaitu '7 Keajaiban Rezeki' menjadi buku terlaris sejak 2010 di Indonesia dan buku tersebut pernah diulas oleh billionaire hartanah terkenal iaitu Donald Trump.

Semua kisah di atas nampak macam mustahil kan..Tapi dengan kuasa sebuah imaginasi, perkara yang nampak mustahil pada mulanya boleh diubah menjadi realiti.  Ingin ubah impian anda menjadi realiti..?
Jom bertindak sekarang!

~Petikan buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'~




*******************************************************************************************

Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB Page : Adra Vitashoppe


 
~SID PILIHAN ANDA~
 COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU
                                        COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)

No comments:

Post a Comment