Assalamualaikum....
Pemberian susu ibu kepada bayi yang dilahirkan merupakan lambang kasih sayang seorang ibu yang tidak ternilai. Pastinya setiap ibu mengimpikan untuk memberikan yang terbaik buat si manjanya. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami terlebih dahulu untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Nak tahu apa..? Jom kita baca...
#Demand VS Supply
Setiap ibu wajib memahami konsep Demand VS Supply. Ianya bermaksud
apabila semakin banyak susu yang diminum/dihisap oleh bayi, semakin banyak susu
yang dihasilkan. Bagi ibu yang
bekerja,sebaik-baiknya pastikan mengepam 3 jam sekali dan konsisten dengan
jadual pengepaman. Kekerapan
mengosongkan payudara akan memberi signal kepada kilang susu untuk hasilkan
lebih banyak susu.
#Niat Untuk Menyusukan
Bayi Daripada Awal.
Ibu perlu memasang niat sejak daripada awal kandungan untuk menyusukan anak
dengan susu ibu. Kesedaran tentang
penyusuan susu ibu perlu datang daripada diri ibu sendiri dan bukan hanya
mengikut trend/orang sekeliling. Dengan
itu, ibu mampu menghadapi apa jua halangan dan cabaran untuk menyempurnakan
niatnya.
#Ilmu Penyusuan
Buat persediaan dengan mencari/membaca sebanyak mungkin ilmu tentang
penyusuan. Sedikit sebanyak ianya akan
membantu ibu bersedia daripada segi mental dan fizikal apabila tiba
waktunya. Jika boleh, cari seseorang
yang dipercayai yang mempunyai pengalaman dalam penyususan susu ibu agar menjadi
rujukan dan berkongsi masalah. Ibu juga
boleh turut serta dalam kumpulan sokongan untuk penyusuan di yang banyak
terdapat dalam laman sosial seperti Facebook.
#Berfikiran Positif
Pentingkah fikiran yang positif ? Ya , memang penting dan sangat membantu
ibu untuk mencapai kejayaan dalam penyusuan. Ianya juga dikatakan satu doa dan setiap
apa perkara positif yang difikirkan akan memberikan satu aura yang baik yang
pada persekitaran. Sentiasa tanamkan dalam diri bahawa anda dapat melengkapkan
tempoh penyusuan selama 2 tahun.
#Minum Air Secukupnya
Pengambilan air yang secukupnya sangat penting bagi ibu yang menyusukan
bayi. Pastikan ibu minum
sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.
Ianya sangat penting kerana 90% kandungan badan kita terdiri dari
air. Kekurangan air dalam badan akan
menyebabkan sistem dalam badan tidak dapat berfungsi dengan lancar dan
seterusnya akan memberi kesan terhadap penghasilan susu ibu.
#Diet
Seimbang
Ibu yang menyusukan anak perlu memastikan diet hariannya mengandungi zat
yang lengkap seperti zat besi, protein, vitamin C, Vitamin B ,
kalsium dan lain-lain (boleh rujuk piramid makanan di bawah). Makanan yang
seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan
badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Ibu juga
boleh mengambil suplemen yang sesuai untuk menampung kekurangan dalam diet
harian yang tidak seimbang.
#Doa
Susu ibu adalah rezeki yang Allah beri melalui seorang ibu sebagai makanan
kepada si anak. Walaupun telah berusaha, kita seharusnya sedar bahawa yang memberi
rezeki susu itu adalah Allah S.W.T. Oleh
itu, jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan niat suci anda
untuk menyusukan anak. Doa itu kan senjata orang Mukmin.. :)
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat ibu/bakal ibu untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu. Sesungguhnya nikmatilah pengalaman indah itu kerana ia tidak ternilai harganya.. :)
Berminat untuk dapatkan SET PENYUSUAN bagi membantu anda ? JOM ORDER SEKARANG !!
Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB : Faizah Shahrudin
FB Page : Adra Vitashoppe
~SID PILIHAN ANDA~
COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU
COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)
ramai yang tak paham konsep penyusuan yang betul...semua igt mudah je menyusu anak ni..then harapkan milk booster je...good info...boleh share dengan kawan2 yang baru nak berjinak2 nak menyusu anak..
ReplyDeletekeep writing pae :)
betul..betul..selalunya anak 1st la yg mcm tu..walaupun rasa dah baca macam2 info, baca pengalaman orang..tapi bacalah banyak mana pun, tetap tak sama dengan pengalaman sebenar..tu yang kadang-kadang ramai yang give up..
Deletetq rin :)
Salam...
ReplyDeleteNak bf ni kena ada ilmu dan usaha jugak.kalau nak seribu daya,tapi kalau dah tak nak cepat je putus asa.Kalau dah memang berusaha habis-habisan dan kalau tak dpt jgk bf,itu mmg blh dimaafkn la.Good sharing!tq
Wsalam..betul tu sis zainah..kadang-kadang tu semangat bkobar-kobar time awal2 jer..lepas tu dah mula slow..lagi2 kalo orang sekeliling tak bagi support sepenuhnya..tq singgah blog saya.. :)
Delete