Penyusuan susu ibu di kalangan ibu bekerjaya bukan lagi sesuatu yang asing. Walaupun bekerja, ibu masih lagi boleh mengepam susu dan menyimpannya untuk kegunaan bayi tersayang semasa di rumah pengasuh atau di taska. Namun, kaedah penyimpanan susu yang betul sangat penting untuk mengekalkan segala nutrien dan antibodi dalam susu ibu tersebut.
KAEDAH PENYIMPANAN SUSU IBU
1. Susu yang telah dipam boleh disimpan dalam botol kecil atau plastik liner.
2. Bekas simpanan atau botol susu mesti dibersihkan dan disteril supaya kandungan susu terpelihara daripada bakteria. Jika menggunakan plastik liner, tak perlu disteril kerana memang telah sedia untuk digunakan.
3. Simpan
dalam kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan. Sebagai
contoh, jika anak minum sebanyak 4oz, ibu perlu bekalkan 4oz untuk setiap
botol supaya tiada pembaziran.
4. Jangan lupa untuk labelkan bekas simpanan susu tersebut dengan tarikh dan masa perahan. Ini untuk memudahkan pengendalian simpanan susu dan juga untuk kegunaan bayi dengan konsep First In First Out (FIFO). Nak senang guna masking tape je macam saya..hehe
Labelkan dengan tarikh dan masa perahan |
5. Susu yang telah dipam di pejabat perlu disimpan di dalam cooler bag yang berisi ice pack. Apabila tiba di rumah, masukkan susu tersebut ke dalam peti sejuk dengan segera.
Cooler bag untuk simpan susu ketika di pejabat |
5. Untuk memudahkan penyimpanan bagi tujuan stok, seeloknya gunakan plastik liner. Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
Plastik liner untuk simpan stok susu |
6. Simpan di dalam peti sejuk pada bahagian rak paling atas sekali dan tidak bercampur dengan makanan lain supaya tiada penyerapan bau-bau yang kurang enak.
PANDUAN PENYIMPANAN SUSU IBU
Sebaiknya gunakan susu yang paling baru dipam untuk diberikan kepada bayi anda. Namun begitu, sebagai ibu bekerjaya pastinya ianya pasti agak sukar membekalkan susu yang segar. Jangan risau ye..walaupun telah kehilangan sedikit khasiatnya, susu ibu yang telah dibekukan masih jauh lebih baik berbanding susu formula. Di bawah disertakan panduan untuk penyimpanan susu ibu bagi bayi yang normal dan pramatang.
Ibu yang menyusukan bayi pastinya perlu kekal cergas dan bertenaga.
JOM DAPATKAN SET 3M SEKARANG !!
Susu lebih Meriah..Ibu lebih Bertenaga..Anak Lebih Ceria !
Ingin mendapatkan produk terbaik ini? Jangan malu jangan segan...saya sedia membantu. Hubungi saya selaku PENGEDAR SAH SHAKLEE anda (ID : 1148364). Konsultasi adalah EKSLUSIF dan PERCUMA untuk pelanggan saya.
Untuk order/sebarang pertanyaan / menjana pendapatan bersama SHAKLEE :
Call/Sms/Whatsapp ~0197725460 (FAIZAH)
Email : kfs189@yahoo.com
FB : Faizah Shahrudin
FB Page : Adra Vitashoppe
~SID PILIHAN ANDA~
COD : PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, SAUJANA UTAMA, MERU
COD : TG MALIM/SLIM RIVER (Weekdays Only)
salam pae,
ReplyDeleterindunya nak buat semua ni...dulu awal pagi bangun dan susun2 nak bekalkan ke rumah babysitter. siapkan jugak beg utk susu yg di pump masa kerja...sweet memories...
Wsalam rin..
ReplyDeleteTu la..mmg agak memenatkan buat semua tu tp berbaloi sgt kan..pengalaman yang sgt manis utk dikenang..boleh dah mula plan utk adik icha tu..heheh